"Kenapa masa cikgu mengajar ada yang buat kerja lain, ada yang main-main, ada yang borak-borak?"
"Awak semua ingat cikgu ni tunggul kat depan tu?"
"Apa yang awak semua tak puas hati kat cikgu?"
"Cikgu ajar awak semua tak lama mana pun"
"Sekarang ni awak semua keluarkan satu kertas. Tulis apa yang awak tak puas hati kat saya"
"Komen je apa-apa. Cikgu tak pandai ajar ke, Cikgu tak cantik ke Cikgu gemuk ke. Tulis je apa-apa. Cikgu bagi korang peluang untuk komen cara cikgu mengajar"
Semua diam. Ada juga yang tak paham bahasa dok sembang dengan kawan sebelah. Tapi aku tak tahu dari mana datang suara;
"Cikgu, komen kat facebook boleh cikgu?"
Haihh. Mana la datang suara tu. Siot betul budak-budak ni.
Lepas tu loceng untuk pertukaran masa kelas berbunyi. Ada budak tercegat kat depan pintu.
"Haaa, kamu nak apa?"
"Cikgu, sekarang masa PJ"
"Kejap" Aku pun bersiap kemas barang-barang aku untuk keluar kelas.
Bila aku nak keluar ada seorang budak panggil aku;
"Cikgu, cikgu" sambil menghulurkan sehelai kertas.
Dalam perjalanan ke bilik guru aku baca kertas tu. Sedih bila aku baca apa yang pelajar aku tulis. Tanpa sedar ada titik jernih keluar dari mata aku. Aik, asal aku sedih sangat ni.
Hahahahahahah. Lawak plak rasanya. Aku menangis kerana pelajar aku. Soooo sweetttt~
Baru aku tahu apa rasa cikgu-cikgu aku dulu bila masa diaorang mengajar kami kat kelas tak dengar dia cakap, berborak dan buat kerja lain masa kelas dia.
Ohh. Macam ini rupanya rasa. Sangat indahhhhh T_T
Teringat aku masa sekolah dulu. Selalu sangat kena cubit sebab tak buat kerja Prinsip Akaun. Amik kau Lin!