26 January, 2011

Senyum


“Smile, even if it’s a sad smile, because sadder than a sad smile is the sadness of not knowing how to smile.”


p/s: Aku tengah tersenyum kelat. Mulut tersenyum tapi hati menangis. Just me know why.

Kenapa dengan Aku?


Aku dah ok. Dah tak marah dah. Aku pun dah memaafkan dia. Tapi, kenapa masih lagi bersisa perasaan tu.

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? 

*sigh*

Adakah mulut saja yang memaafkan tapi hati tidak.

Aku cuba mengembalikan perasaan itu seperti biasa.

Tapi aku GAGAL!

Aku dah CUBA nak buat macam biasa.


Tapi nampak sangat HIPOKRIT!

Pura-pura OK padahal tak OK.

Nampak sangat PLASTIK!

Aku rasa macam nak menjerit saja sekarang ni.

Biar lepas semuanya.

Biar tenang jiwa ni.

Biar stabil otak ni.

Biar semua jadi ok semula.

Tapi aku tak mampu.

p/s : Sampai saat ni aku memang tak boleh nak kembali seperti biasa. Tapi aku harap aku dan dia boleh baik macam dulu.

24 January, 2011

Rumah Aku yang Best!

Tak sabar aku nak balik kampung for cuti mid semester + Raya Cina. Cuti seminggu~ Horeyyyyyyyyyyy~

Aku nak balik 27.01.2011. Tuang kelas for friday. Yeehaaaaaa~

Macam-macam yang aku plan masa dok rumah nanti.

Antaranya~

1) Jumpa my lovely parents + all my family.

2) Tengok Baby Damia (cucu) puas-puas.

3) Pergi Weding Ain + Taufiq kat Batu Pahat.

4) Nak tengok wayang (movie apa-apa saja)

5) Shopping kat Batu Pahat Mall ( Nak beli handbag + Sandal + baby stuff for Damia )

6) Renew lesen ( Lesen P bertukar lesen penuh) Yes!

7) Lepak dengan kengkawan aku.

8) Nak masak sedap-sedap.

9) Pergi salon. Aku nak cut my hair. (just plan, actually sayang nak cut. Huhu) 

10) Nak buat semua aktiviti yang aku tak boleh buat kat Tg Malim.



Kenapa saya suka rumah saya?


Sebab rumah saya BEST~


Meh aku nak share apa yang ada kat rumah aku.



Rumah aku~


 lagi~

=
=



No rumah aku. Before masuk rumah aku akan jumpa benda alah ni.
  
lagi~

 
Bunga-bunga. Aku suka bunga orkid. Tapi orkid aku kurus keding sebab aku tak pandai jaga.


dan lagi~ 



Buaian. Boring-boring selalu lepak sini tgk orang lalu. Buai ini ada kat bawah pokok rambutan depan rumah



dan lagi~




Ini Kuning and Tompok. Dua-dua jantan. Kucing aku ni gay!
  
dan lagiiiiiiii~








Habis dah~




p/s: Actually, banyak lagi aku nak share pasal rumah aku ni. Tapi malas la nak upload. Next time aku share lagi ok.

Bila Aku Jatuh Cinta.




LOVE this song very much.

=



=



=

I dedicated this song to 'SI DIA' SAYANG



 BILA AKU JATUH CINTA

Bila aku jatuh cinta
Aku mendengar nyanyian
1000 dewa dewi cinta
Menggema dunia

Bila aku jatuh cinta
Aku melihat matahari
Kan datang padaku
Dan memelukku dengan sayang

Bila aku jatuh cinta
Aku melihat sang bulan
Kan datang padaku
Dan menemani aku

Melewati dinginnya mimpi
Melewati dinginnya mimpi…aa…a…a.

Bila aku jatuh cinta… jatuh cinta
Bersama dirimu
Peluk aku…dan ciumlah aku
Sayang…
 
 
 
p/s: Love will comes naturally and lets the mysteries blows. Mood beromantik malam ni. Haha

23 January, 2011

Suprise! But Sweet~

Spechless!

But I like.

Thank you so much my dear.

Merah itu Cinta


20 Kuntum Mawar Merah

p/s : 11.11.2010. Bukan lagi satu rahsia~

21 January, 2011

Ingat!

Alamak!! Nak jalan arah mana ni?
Hidup ini akan menjadi indah kalau kita menggunakan ianya sebaik mungkin. Hidup yang bermacam-macam rasa ini yang akan mendewasakan dan mematangkan kita semua. Setiap hari kita perlu mengutip pengalaman baru. Tak kira pengalaman itu mendatangkan faedah atau tidak, ia tetap menjadi pengalaman.

Yang baik jadikan ia sebagai salah satu ilmu dan yang buruk jadikan sebagai  kayu sempadan supaya ianya tidak berulang di masa mendatang. Mulakan setiap hari anda dengan semangat yang baru. Kalau semalam baik jadikan hari ini lebih baik dan esok menjadi terbaik.

Gambar akan pudar, luka akan sembuh, sakit akan baik, tapi memori tak kan penah padam dari ingatan. Memori itu putih atau hitam ia tetap menjadi memori. Sebati dengan hidup dan tak kan pernah padam dari ingatan.

Terkadang kita cuba untuk melupakan memori hitam, tapi tak berjaya. Memori hitam lebih sukar di padam dari memori indah. Memori hitam lebih degil mahu keluar dari ingatan. Mahu dilupa tapi tetap tak berjaya. Jangan mengeluh dan bersusah hati, jadikanlah memori hitam itu sebagai satu kekuatan pada kita. Jadikanlah memori hitam itu sebagai cabaran buat kita.

Hidup umpama roda, memang sekejap akan berada di atas dan sekejap berada di bawah. Tapi ingatlah bila kita berada di atas jangan lupakan orang di bawah. Tapi hakikatnya sekarang, bila kita berada di atas kita akan melihat orang di bawah kita tersangatlah kecil.

Umpama berada di atas gunung, bila kita ada di puncuk kita tak nampak adanya rumah di bawah, adanya sungai dan insan lain. Dengan tepat sekali, kita tak kan pedulikan apa yang ada di bawah. Yang ada cuma megah kita berada di puncak. Megah kerana dapat mendaki gunung yang tinggi. Megah kerana berjaya mencapai puncak tertinggi.

Kita boleh bermegah, berbangga, riak, sombong dan bongkak. Tapi kita perlu sedar diri! Layak kah kita? Kita perlu sedar yang kemegahan yang kita perolehi datang dari kurniaan Allah S.W.T. Perlu bersyukur dan beringat. Dalam bermegah jangan lupa insan di bawah. Rezeki yang Allah bagi hanya pinjaman pada kita. Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi. Rezeki itu tidak hanya pada harta dan makanan. Tapi semuanya adalah rezeki. Iman, sihat, masa, bernafas dan semuanya adalah rezeki.

Hidup, hidup.

Hidup yang berliku, jalan mana yang perlu kita ikut. Hadapan, ke kanan, ke kiri atau ke belakang? Yang pasti kita perlu jalan ke hadapan, tapi perlu juga menoleh ke belakang, ke kanan dan juga ke kiri.

Dalam perjalanan kita menghala ke hadapan, toleh-toleh la ke belakang. Jangan terlalu megah ke hadapan. Bukan untuk menyesali apa yang ada di belakang cuma perlu belajar dari kesilapan. Kiri dan kanan juga mesti diambil peduli. Kadang bahaya boleh datang dari arah kanan dan kiri. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk lebih tabah dengan kehidupan. Hidup perlu berprinsip!

To be continue ~

Pen off.

p/s : Pesanan untuk aku juga! Sentiasalah beryukur dan jangan mengeluh. Sentiasa juga beringat!

Bukan Secret Recipe Tapi Secret Rahsia.

Sysss...ini rahsia kerajaan! Keep your mouth~

Rahsia mana boleh cerita. Tak semua rahsia kita boleh berkongsi even dia memang best friend forever kita.
Aku ada top secret. Tak pernah cerita dengan siapa pun. Sampai mati pun aku tak mahu cerita! Sysssss~

Kadang terasa menyesal bila cerita perihal hidup pada insan yang salah. Cerita kita dijaja semurah bandle (bandle pun lagi mahal). Huh!

Sekali tersilap langkah, tak kan bertapak ditanah berduri lagi. Sakitnya berbisa. Bernanah. Walaupun baik tapi tetap berbekas. Bukan berdendam tapi mahu lebih berwaspada. Hidup tak semua boleh dikongsi. Sharing is caring sudah bertukar sharing is scary. Auwwww~ Seram!

Tapi aku bertuah kerana punya kawan yang jujur dan amanah. Bila aku kata ia rahsia, dikotakan menjadi rahsia. Tak pernah rahsia itu terkeluar. Kalau bercerita hanya antara kita. Berhenti di satu destinasi yang aku kata cukup untuk berkongsi. Jangan didesak kalau tak bersedia. Lambat laun akan dikongsi juga. Cuma perlu sabar sedikit saja.

Bila rahsia tak menjadi rahsia, ia bukan lagi satu rahsia. Ia sudah menjadi cerita. Cerita murah!

Bila insan lain tak bisa bercerita, hormatilah pendirian mereka. Bagi masa untuk dia bersedia. Tak mudah berkongsi cerita rahsia. Rahsia tetap menjadi rahsia.

p/s : Saja buat gempak. Tak ada top secret pun. Tapikan, tak mudah sebenarnya untuk menyimpan rahsia. Perlu tabah dan cekal. Tak mudah memendam rasa sendirian. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^

19 January, 2011

Tension -> Pacak-> Serabut-> Bosan-> Makan


Aku tak suka fikir benda-benda yang memeningkan kepala aku. Bila aku berfikir melebihi kemampuan aku, aku rasa macam nak pecah kepala. Tension weh! Bila aku banyak fikir aku akan jadi stress. Bila aku stress rambut aku akan tercacak. Serius! Aku tak tipu. Pastu muka aku akan jadi tegang dan ketat. Gggrrrr.. Mula la nak badmood. Tak nak bercakap. Senyum pun tak ikhlas. Sebagai kesimpulanya, aku akan jadi serabut. Bila dah serabut aku pun jadi bosan. Bila bosan aku suka makan. Macamana la aku ni tak makin membesar. Haihhh.. T_T


p/s: Sekarang rambut aku tengah tercacak. Aku stress buat latihan ilmiah aku! Tolonggggggggg!!!

Deal dgn Kakak Cupcakes

Besday party!! Time to suprise~
Hari ni seharian aku cari design cupcakes. Sampai pening kepala aku ngadap laptop! Plan nak buat suprise kat Uda for besday dia nanti. Akhirnya aku jumpa satu kedai yang boleh buat delivery sekali. Fuhhhh...lega!

Aku nak say thanks kat Som, Kak da, and Ema yang bagi support kat aku. Muah untuk korang semua!

Som, orang yang suruh aku cari kedai kek. Aku mula-mula dah give up juga nak cari kedai yang boleh buat delivery sekali area Baling. Then dia yang tolong search and tolong cari design sekali. Pastu timbul plak idea nak bagi cupcakes. So aku proceed jela. Good idea!

Kak da, sebab dia orang Kedah aku pun tanya-tanya la kedai yang dia tahu. Tapi dia pun tak pasti sebab tak expert area Baling. Dia suggest bagi yang nampak simple and 'lalu di makan'. Means jangan la pilih design yang mengarut.

Ema, gadis yang paling expert bab-bab kuih and  kek. Tanya jela pasal kek dia akan tahu. Nak buttercream, fondant, chocolate ganache, fresh cream dan macam-macam lagi la. So tak sia-sia la khidmat nasihat dia. Thank ek!

So bila aku dah jumpa dengan kedai tu aku terus email and buat special request. Aku pun deal dengan akak tu. Bincang about design, payment and detail. Ok, settle!

Ni blog akak cupcakes tu http://ladysmart09.blogspot.com/

Moga-moga suprise aku menjadi. Aku tak sabar nak tengok design cupcake tu. Sweet sgt! Aku tak nak upload lagi design yang aku order. Suprise!

p/s : 1st time in my life kot nk buat suprise kat lelaki. Tak sangka, romantik juga aku ni ek. Hahahaha. I like!

Zaman UTMKL Part 1

Tengah berkemas aku terjumpa kotak. Bila buka kotak tu ada banyak cd-cd. Aku pun on laptop dan aku buka satu persatu cd-cd tu.

Wahhhhh..teruja aku. Picture zaman study UTMKL dulu.

Rindu geng UTMKL and classmate. Rindu juga campus UTMKL. Dah banyak yang berubah campus UTMKL.

Last aku pergi masa aku buat assignment CE. Aku jumpa En. Shafie a.k.a Penasihat Akademik aku masa kat UTMKL dulu.

Apa khabar la korang semua ek.

Jumpa pun just dalam facebook. Nak bersua muka and menatap mata entah kan bila. Hehehehe.

Ramai yang dah bertukar status. Tahniah korang. Aku doakan korang bahagia selama-lamanya.

Entry kali ni aku nk upload picture zaman UTMKL dulu. Tapi tak banyak la. Aku select the best moment je k.

So enjoy it!


Ni time konvo. Graduate Dip Pengurusan Teknologi (Perakaunan).

Ni dalam perjalanan masuk kelas. Masa ni lepas amik pic kelas. Pastu boleh plak pencil case tertinggal kat Dataran Ilmu. Cuai.
 
Ni classmate. Kalau xsilap ni masa tahun 1 kelas FA 1. Time ni budak lelaki cuma tiga orang je.
 
Ni masa tahun 3. Kelas apa dah tak ingat. Rasanya kelas Business Communication.



 
Ni la bilik lepak aku. Aku tak dok bilik ni tapi kerja aku hari-hari stay bilik ni. Balik bilik just tukar baju then bertandang kat bilik ni lama-lama.


p/s : Sampai sini jek. Aku nak masuk tido. Part II akan menyusul kemudian.

18 January, 2011

Lagu Teman


Untuk kawan yang aku sayang Kalsom ^__^

Aku kidnap picture ni dari facebook Kalsom

Masa kenduri rumah Kak da kat Kedah.







Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

 
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

(Music Bridge)

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat  Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa

Sembunyi Blog

Hakhakhak.

Kantoi 1:

Som : Tak habis-habis lagi meluahkan perasan.

Aku : Kantoi la plak *dalam hati je*. Hahahahaha *gelak malu*

Som : Aku dah baca dah blog ko. Hehehehe. Meluahkan perasaan nampak.

Aku : Hahahahaha...malu-malu. Ohh, patut la kau g kalih laptop kau belah sana. Kau baca yea blog aku. Aku dah agak dah kau skodeng aku tulis. Cisss del! Aku dah private blog aku. Tak ada sapa boleh baca.

Som : Eleh, kedekut!

Aku : Hahahahaha. Nanti la aku open balik. Tunggu ek Som. Tak ada apa yang menarik pun.

Som : *tak ada respond*

Lalu aku pun cepat-cepat tukar topik. Hehehehe.


Kantoi 2

Kak da : Ooo..dah ada blog. Gedik la.

Aku : Hehehehe. Alah, saja-saja je. Tapi aku private blog aku.

Kak da : Untuk kau dgn Uda jela ek.

Aku : Eh, tak la. Dia pun tak tahu aku ada blog. Hehehehe

Kak da : *senyap dan terus masuk bilik*

Aku : * blog ku kini bukan 1 rahsia*



p/s : Alaaa...nanti la ek aku open blog aku ni. Buat masa ni aku selesa untuk private blog ni. Tak ada apa pun yang best. Blog ni pasal aku je. Cerita merapu yang ntah apa-apa.

17 January, 2011

Begitukah aku?

Rahsia Bulan Kelahiran – Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah 

Aku lahir pada 2 Jun 1986

Aku nak buat check list. Betul ke tak dengan diri aku.

Berfikiran jauh & berwawasan.  
Aku memang berfikiran jauh. Pastu aku penat terus berenti dan tak nak fikir lagi. Berfikiran jauh tapi kalau tak ada tindakan pun tak guna. Betul tak?
  
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Aku akan baik kalau orang buat baik dengan aku. Tapi aku tak suka orang baik sangat dengan aku. Aku jadi serba salah nanti. So kena buat baik berpada-pada dengan aku. Buat jahat jangan sekali. Nanti aku balas balik. Hahahaha. 

Berperangai lemah lembut.
Hahahaha... Lembut ke aku?  Kawan-kawan aku cakap aku ni kasar. Penganas. Pembuli.  

Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Betul...betul...betul... Kita kena pandai control ikut situasi. 

Idea yang terlalu banyak di kepala.
Banyak la juga. Tapi banyak yang merapu dari yang berguna.   

Bersikap sensitif.
Tepat sekali. Aku memang orang yang sensitif. Cuma aku tak tunjuk. Ku pendam sebuah duka. Werk!  

Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Entah. Yang ni aku kurang pasti.

Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Aku suka bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian. (korang jangan ikot, buruk perangai!) 

Bersikap suka menangguh-nangguh.
Tepat 100%.  Dulu zaman aku kecik-kecik kalau mak dan abah aku suruh aku buat something aku akan cakap "Nanti". Pastu mak abah cakap "Nanti sampai bila". Aku dengan muka seposen terus buat kerja yang di arahkan. Sampai sekarang pun. Assignment aku selalu sangat aku buat last minute. 

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Dalam sesetengah perkara memang ya.  

Cepat marah & cepat sejuk.
Betul! Aku cepat marah & sejuk. Aku kalau marah suka cakap yang bukan-bukan. Suka membebel tak tentu pasal. Nasib la siapa yang ada kat sebelah aku. Tahan jela telinga korang. 

Suka bercakap & berdebat.
Penat asyik bercakap je. Aku memang suka bercakap. Lagi-lagi kalau cerita bab merapu. Aku memang no 1. Tapi susah juga jadi orang yang banyak cakap. Ada masa diam dikatanya kita merajuk & badmood. 

Suka buat lawak & bergurau.
Aku memang suka bergurau. Lagi-lagi gurau kasar.  Kadang-kadang aku cakap main lepas je. Siapa yang terasa nasib badan la. 

Otaknya cerdas berangan-angan.
Best la berangan. Nak jadi apa pun boleh.  Aku suka berangan lagi-lagi sebelum tidur. Kadang-kadang tak kira tempat aku berangan. 

Mudah berkawan & pandai berkawan.
Tapi kawan-kawan aku selalu kecik hati dengan aku. 

Seorang yang sangat tertib.
Ada masanya la. Kadang-kadang aku main gasak jek.   

Pandai mempamerkan sikap.
Aku orang yang happy go lucky.  

Mudah kecil hati.
Almaklumlah sensitifkan. Memang la senang kecik hati.   

Mudah kena selsema.
Tak la. Aku senang pening kepala.  

Suka berkemas.
Ikut mood. Kalau time tak suka memang macam tongkang pecah bilik aku. Yang pasti aku suka memasak. 

Cepat rasa bosan.
Ha'ah. Aku mengaku aku memang cepat bosan. 

Sikap terlalu memilih & cerewet.
Mestilah. Kan kita nak yang terbaik dalam hidup. Tapi aku tak ada la cerewet sangat.   

Kurang mempamerkan perasaan.
Tepat sekali. Aku susah nak mengaku perasaan aku. Malu kot!   

Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Tak la. Aku ni pemaaf orangnya. Betol! Aku tak tipu. Tapi nak melupakan sesuatu memang mengambil masa. 

Suka pada barang yang berjenama.
Suka. Tapi kena ikut budget juga.   

Mudah menjadi eksekutif.
Amin. Mudah-mudahan. 

Kedegilan yang tidak terkawal.
Aku memang degil. Orang kata A, aku kata B.  

Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
Yela. Kalau yang puji aku, aku rasa diorang semua macam perli aku je. That why la aku tak suka dipuji. Tapi kalau menegur pun kena agak-agak la. Jangan main sebat je. Nanti aku boleh naik angin.


I want to be "SOMEONE"



p/s: Ni pada pandangan aku je. Tak tahu la pada pandangan orang lain. Aku tak pandai nak menilai diri sendiri. Orang lain yang lebih pandai menilai.


16 January, 2011

Nak mula dari mana?

meja tulisku yang serabut~

Tajuk dah confrim. Bahan dah ada, laptop dah dipetik suisnya.

Dah breakfast. Dah berborak. Dah kacau orang. Dah main facebook. Dan YM.

Satu je yang tak kena sekarang.

Semangat aku yang tertinggal entah kat mana.

Ada nampak mana semangat aku pergi?

Tak?

Terbang bersama mimpi semalam agaknya.

Stop berangan!

* tersedar dari angan*

Mula sekarang.

Nak mula dari mana ni?

Mula apa?

Latihan ilmiah laaa.

Dah tgk proposal, tapi lupa pula mana yang perlu dibaiki.

Penangan cuti yang lama. Lupa apa yang dikomen penyelia.

*dah mula gelabah*

Belek-belek nota tak jumpa juga catatan yang dibuat.

*Blur* padan muka kau!

Dah minggu ketiga, tapi masih lagi kosong dan putih kertas aku.

Tugasan lain dah mula menunggu.

Salah siapa?

Yeee...aku tahu salah aku.

Suka menangguh-nagguh kerja. Suka bersenang-senang saja.

Aku mengaku!

Dah tu?

Entah. Buat bodoh je kot. Rilek.

Mana boleh! Gila agaknya kau ni.

Jadi?

Jadinya, kau kena siapkan tugasan-tugasan kau.

Buat sikit-sikit dulu. Nanti lama-lama jadi bukit. Siaplah kerja kau dan kau boleh bergembira.

OK. Aku mula sekarang.

Senyum.

^______^

* lebih bersemangat*


p/s: haihhh...masalah yang dicari sendiri. datanglah kau semangat. aku pohon T_T

Cucuku Sayang


Yeahhh!!!

Aku naik pangkat lagi. Lepas jadi kakak ipar aku naik pangkat jadi nenek pula.

Bermula pada 10 Januari 2011 aku telah disahkan jawatan sebagai NENEK MUDA.

Aku gumbira dan teruja dengan pangkat baru tu,

Cuma,


Nak panggil apa ek?

Nek Elin?

Nanny Elin?

Mak Elin?

Adoyai, nampak tua sangat panggilan tu.

Hehehehe...

Aku bukan tak sedar diri. Cuma mahu positifkan diri. Mahu berjiwa muda. Mahu berminda ceria.

Alah...kan itu cuma pangkat dan panggilan. Tak menjadi masalah lah.

Kau masih boleh menjadi seperti biasa Miss Muhaz walau apa pun pangkat kau dalam keluarga.

Cuma mesti diingat kau mesti sedar diri. Mesti menjadi lebih matang. Mesti berada dalam situasi. Mesti menjadi lebih-lebih~

(Apa yang lebih-lebih tu)

Entah. Malas nak tulis banyak.

Yang penting kau perlu menjadi lebih dewasa dan jangan pentingkan diri sendiri!

Ok-ok. Cukup la aku membebel.

Jom tengok cucu Nek Elin.

Nek Lin pun tak jumpa lagi dengan cucu Nek Elin ni. Cuti nanti nenek jumpa cucu nenek ni ok. Gambar ni di MMS oleh Kak Mah a.k.a Nenek.



Gambar sehari selepas dilahirkan

Aduh...cair tengok dia tengah senyum. Muah!





Eh, Lupa nak kenalkan nama baby comel ni.

Nama diberi NUR ALEEYA DAMIA

p/s: Aku tak sabar nak jumpa baby comel ni. Aku nak dukung, nak kucup pipinya yg montel dan nak nyanyikan untuk si comel ni.

15 January, 2011

Merajuk dengan Diri Sendiri

Merajuk dengan diri sendiri?

Sekali lagi aku tekankan,

Dengan diri sendiri??

Macamana tu?

Kenapa pula nak merajuk dengan diri sendiri?


Kalau merajuk dengan diri sendiri apa nak buat?


Macamana nak pujuk diri sendiri?


Apa aku buat sampai diri sendiri aku merajuk?

Loya.

Eh,

Buwerkkkkk..

Sori. Aku termuntah dengan perangai sendiri. Tak tertahan.

Mahu memujuk diri. Tapi tak tahu bagaimana.

Emosi tak stabil barangkali.

Kepada diriku, kembalilah kau seperti selalu.

Semoga semua seperti biasa.



p/s : aku dah cuba untuk menjadi "somebody". Tapi kini aku masih lagi "nobody"

Hati Kering


 “Ko ni memang tak ada perasaan la”

Haihh…tu la ayat yang selalu aku dengar.

Siapa kata aku tak ada perasaan? Siapa bilang aku tak punya hati?

Aku manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan macam orang lain.

Cuma aku tak selalu memberi reaksi dengan perasaan aku. Barangkali begitu juga emosi. Malas melayan!

Kenapa?

Sebab aku tak mahu orang lihat aku lemah. Lemah dengan perasaan sendiri. Perasaan yang kadang aku sendiri cari. 
Bukan takut dibilang lemah, tapi aku tak mahu dibuai dek perasaan sendiri.

Terkadang aku celaru, terkadang juga aku cemburu, terkadang juga aku sedih.

Aku juga mengelabah kalau punya cerita duka. Aku juga terkesima bila mendengar khabar semak di kepala.

Aku menangis kalau jiwa tak memenuhi apa yang aku inginkan.

Nahh… masih tak samakah aku dengan orang lain??

Dikala mulut bicara TIDAK tapi hatiku meronta-ronta mahu menyebut YA.

Adakah hati aku ini tak berfungsi dengan baik. Adakah akalku yang sejengkal ini rosak.

Bila diam dikata aku merajuk. Bila berbicara dikata aku kecoh.

Lemas aku begitu!
Aku masih bicara sendiri~

Pen off.

p/s : *sigh*

Mesej dari Adik

Khamis, 14 Jan, 6.03 pm

Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering,

"tit..tit, u have a new massage"

Dengan longlai aku capai telefon ku di atas meja dan ku buka peti inbox.

Dari adik aku, emm..jarang-jarang dia mesej aku.

Aku baca mesejnya.

" Jap lagi ko dapat anak saudara lagi 1"

* no reaksi*

Terpingga2..siapa plak yg mengandung ni..

*berfikir sebentar*

Eh, adik aku kan dah kawin, maknanya wife dia la yg mengandung. Asal aku boleh lupa yg adik aku dah bernikah.

*sigh*  tiada jawapan.

Aku pun tekan butang reply dan menaip,

"Yeke, Alhamdulliah..dah berapa bulan? Tahniah2."

Send.

Dia membalasnya.

" Baru sebulan, jangkanya 21hb 9 "

Tersenyum aku baca mesejnya. Excited sungguh adik aku, siap bagi tahu due date bersalin lagi.

Aku kembali membalasnya.

"Ok, ko jaga wife baik2"

"Ok"

Mesej akhir yang kuterima dari perkhabaran gembira darinya.

Ku letak kembali telefon ku di atas meja.

p/s : yeahhhh!! Anak buah aku akan bertambah tahun ni. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Insyallah. Amin.

Blog yang Berhabuk.


Fuhh...fuhhh...

Sekadar meniup habuk di blog aku ni.

Lama sungguh aku tak update blog aku. Rasa mcm dah berkurun. Bukan tiada masa atau tiada cerita tapi entah kenapa malas mahu mencoretkan sesuatu. Nanti akan ku fikirkan mengapa. Kalau ada jawapan akan ku conteng di blog ku.

Insyallah, satu hari nanti blog ini akan aku gunakan sebaiknya. Mahu berkongsi segalanya.

Cuma pada saat ni aku tak bersedia dan tak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa. Maaf kerana menjadikan blog ini sunyi. 

Aku akan belajar untuk menjadi orang yang lebih terbuka dan lebih pandai berkata-kata tanpa menguris hati sesiapa.


blog aku sesunyi pondok usang ini mungkin. tapi pondok ini ada nilai tersendiri barangkali. tapi blog aku sunyi tanpa suara dan nilai. *sigh*


p/s : Tengah mencari idea dan cerita yang mahu ku coret di blog ku. Datanglah idea datanglah padaku.