Semua orang kena komen. Tapi kenapa aku tak kena komen? Kalau korang jadi aku la kan. Korang susah hati macam aku tak? Serius! Aku susah hati gila sekarang ni. Tak lalu makan, tak lalu tido. Tengok FB pun tak ada selera. Tertutup semua selera-selera yang ada. Semua dah tak lalu. Apa yang aku pandang dah tak ada makna. Cuma termenung mengenangkan nasib yang tak kena marah (gempak bukan). Heee~
Ceritanya begini;
Alaaa., bosan je nak cerita kat sini. Cerita pasal tesis aku tu la. Alkisah aku yang tak pernah jumpa penyelia tup2 datang bagi suruh dia semak. Actually, aku ni bukan la malas sangat (perasan). Cuma biasalah, kalau buat kerja awal-awal tak senior la kan. Huhuhu~. Bila dah last minute semua idea datang mencurah-curah. Sebab kita paksa otak kita untuk jana idea. Tak kisah la meniru ke apa. Janji idea tu ada dan ada yang nak di tulis.
Hasil memang kena tepuk dada la. Berkualiti atau tidak sendiri mau ingat la kalau dah kerja last minute tu. Tapi memang dah tabiat suka buat kerja bertangguh. Susah benar nak mengubahnya. (Oh, aku sedar rupanya)
Ok, berbalik kisah susah hati tak kena komen tu. Rabu lepas aku pergi jumpa penyelia untuk submit Bab 1-3 tesis aku. Actually, aku ingat nak submit terus bab 1-5. Tapi bab 4-5 ada masalah. So aku submit apa yang ada. Mula tak mau submit lagi sebab takut nak jumpa dia. Wehhh. serius takut wei. Dah la tak pernah jumpa dia sem ni. Dulu masa sem lepas ada la jumpa dia 2 3 kali je untuk buat proposal. Bila proposal dan approved aku tak pernah la jumpa dia. Well, gila rajin kan aku. Heee~
Bila aku masuk dalam bilik dia ada ramai budak time tu. Aku pun dengan muka selamba datang kat meja dia;
Aku: "Prof, ni bab 1-3 tesis saya"
Prof: " Awak under saya ke?" (sambil senyum sampai telinga)
Aku: "Ye la prof. (muka aku dah mcm tempe cover cun)
Prof: "Saya dah pernah semak ke awak punya ni?"
Aku:"Arrrrrr... Bab 1 prof dah semak ari tu. Bab 2-3 tak lagi"
Prof: "Ok, nanti saya semak" (sambil dia amik tesis aku)
Syysssss, actually aku tertipu dia. Gelabah punya pasal. Mana la pernah dia semak aku punya tesis ni. Kan baru first time aku jumpa dia. Sori prof, aku diluar kawalan time tu. Tak sengaja. Ampunkan aku. T_T
Aku rasa macam nak terjun lombong je bila dia tanya aku ni under dia. Nampak sangat dia tak tahu aku ni wujud. Tapi memang salah aku pun tak pernah jumpa dia. Lin, lin, apa la nak jadi dengan kau ni kan. Bila dia dah amik tesis aku tu aku cepat-cepat kuar dari bilik dia. Takut dia sound aku dengan lebih panjang dan pedas. Bila dah submit, fuhhhhhh~ lega gila aku. Siap nyanyi lagu Madah Berhelah lagi. Mampu? Hahahaha
Tadi lepas kelas (Jumaat), aku pun bercadang nak submit bab 4-5. Lepas tu nak amik bab 1-3 yang aku tinggalkan masa hari Rabu lepas. Punya la bersemangat nak pergi print. Berjalan dengan gagah dan perkasa ke kedai print tu. Sekali aku buka file aku, corrupt!! Cisss! Rasa macam nak terajang je orang sebelah aku walaupun dia tak bersalah dan tak tahu apa-apa. So aku dengan sopan santun keluar dari kedai dan balik la rumah nak amik file tu kat laptop. Semua berjalan lancar. Cuaca pun mendung-mendung je time ni.
Kembali semula ke kedai print dengan senyum terpaksa. Ok, cucuk balik pendrive. Nak buka la file yang aku baru amik kat laptop tadi. Sekali lagi CORRUPT!!!!. Time ni aku rasa macam nak makan je pendrive bodoh aku tu. Sial betol! Penat weh nak ulang alik balik rumah. So aku try la godeh apa ntah, file tu boleh buka. Cuma tak boleh baca beberapa buah gambar dalam file tu. So aku just delete la gambar yang tak boleh appear tu. Edit sikit-sikit and print out.
Dah siap print aku pun pergi ke bilik prof dengan hati yang berdebar-debar. Ohh, dia ada kat bilik. So ketuk dan masuk bilik dia. Time tu dia dok khusyuk menanda entah apa atas meja dia tu. Aku sampai-sampai and tak sempat cakap apa-apa lagi dia cakap kat aku;
Prof: "Awak amik dalam buku or just awak amik idea je ni" (sambil menghulurkan tesis aku yang dia dah semak)
Aku: "Tengok keadaan la prof. Ada je saya amik dalam buku yang macam ni (sambil aku tunjuk yang part memang 100% aku copy and paste) yang lain-lain saya buat sendiri".
Dia tak ada komen apa-apa pasal tesis aku tu. Aku pun heran, kenapa budak-budak yang jumpa dia mesti kena komen tapi aku tak? Dia marah kat aku ke? Alamak, aku dah kena ban ke ni? Dia tak suka kat aku ke? Habis la tesis aku tak dapat A. Mampos la aku dia tak nak layan aku. Macam-macam la terlintas kat kepala otak aku ni. Tapi aku cepat-cepat positifkan diri. Agaknya aku punya tesis ni tak ada masalah. Aku kan hebat. Agaknya dia busy tu. Banyak lagi nak kena semak. Tak sempat nak komen apa-apa. Arghhh, lantak la apa nak jadi. Malas nak fikir. Tapi dalam hati, uwaaaaaaaaaaaaaaa T_T
Before aku jumpa dia kawan aku cakap kat aku yang prof ngumpat aku! Uwaaaa. Kesian kan aku. Dia cakap kat kawan aku;
"Ni ada kawan awak sorang ni hantar semalam, pastu dia terus keluar"
Pastu dia pergi tunjuk tesis aku. Kawan aku pun apa lagi la. Pergi jengah nak tengok sapa punya. Sekali aku punya la. Jebon betol!! Trauma tiba-tiba.
Eh, dah dia tak cakap suruh tunggu aku kuar la. Lagi pun dah time lunch waktu tu. Aku nak pergi makan. Kawan-kawan aku dah tunggu kat luar. (Makan juga yang aku pentingkan)
Agak-agaknya la kan. Apa la aku dapat untuk tesis aku tu kan. Just wait and see. Jangan pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Cuma amik pengajaran dengan apa yang berlaku. Hidup kita, kita yang tentukan. Kita yang buat skripnya (cakap pandai ko ek Lin) Heee!
 |
| [Aku rembat kat google] |
p/s: Tunggu untuk bab 4 and 5. Aku confrim pasti akan ada yang dia nak komen. Aku yakin!
Sekarang betolkan untuk bab 1-3. 21/3 due date!