Hi semua. lama aku tak update blog aku. Korang sihat ke? Aku tak berapa nak sihat. Jiwa aku sedikit kacau bilau sekarang. Tido tak lena tapi makan tetap kenyang. Ngeee~
Untuk maklumat korang semua, aku tengah berpraktikum kat sekolah sekarang ni. Lepas final exam cuti seminggu dan start 9.5.2011 aku dah mula berpraktikum kat sebuah sekolah di Batu Pahat. So bila kira-kira maknanya aku dah praktikum selama hampir dua bulan.
Perasaan berpraktikum?
Mula-mula sangat best dan sangat teruja. Tapi bila lama-lama semangat aku down. Jujur aku cakap aku tak suka environment sekolah tu. Tapi aku yang pilih sekolah tu. Menyesakkan betol otak aku!
Aku dapat ajar subjek Sejarah dan Sivik Tingkatan 4. Subjek yang sedikit bosan dan ramai pelajar yang tak minat. Sejarah subjek boring sebab banyak sangat fakta yang nak di ingat. Sivik plak subjek yang tak masuk exam. So budak2 suka amik enteng subjek Sivik tu.
Masalah aku plak aku tak pandai nak ajar subjek Sejarah tu. Aku tak tahu nak buat subjek tu jadi menarik. Sivik boleh tahan lagi. Aku boleh lagi nak ajar la. Cikgu cakap sivik ajar yang basic2 ja.
Masalah aku lagi satu pasal buat lesson plan. Nak fikir untuk buat set induksi pun aku dah pening. Praktikum ni aku rasa setiap malam macam final exam. Selalu sangat tido lewat. Kononnya buat preparation tapi bila sampai sekolah tak menjadi pun.
Aku tak nak salahkan sesiapa. Mungkin salah aku.
Kadang-kadang apa yang aku belajar teori tu tak boleh aku nak praktikkan.
Ookla. See u soon.
Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas.
No comments:
Post a Comment