Rahsia Bulan Kelahiran – Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
![]() |
| Aku lahir pada 2 Jun 1986 |
Aku nak buat check list. Betul ke tak dengan diri aku.
Berfikiran jauh & berwawasan.Aku memang berfikiran jauh. Pastu aku penat terus berenti dan tak nak fikir lagi. Berfikiran jauh tapi kalau tak ada tindakan pun tak guna. Betul tak?
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Aku akan baik kalau orang buat baik dengan aku. Tapi aku tak suka orang baik sangat dengan aku. Aku jadi serba salah nanti. So kena buat baik berpada-pada dengan aku. Buat jahat jangan sekali. Nanti aku balas balik. Hahahaha.
Berperangai lemah lembut.
Hahahaha... Lembut ke aku? Kawan-kawan aku cakap aku ni kasar. Penganas. Pembuli.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Betul...betul...betul... Kita kena pandai control ikut situasi.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Banyak la juga. Tapi banyak yang merapu dari yang berguna.
Bersikap sensitif.
Tepat sekali. Aku memang orang yang sensitif. Cuma aku tak tunjuk. Ku pendam sebuah duka. Werk!
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Entah. Yang ni aku kurang pasti.
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Aku suka bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian. (korang jangan ikot, buruk perangai!)
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Tepat 100%. Dulu zaman aku kecik-kecik kalau mak dan abah aku suruh aku buat something aku akan cakap "Nanti". Pastu mak abah cakap "Nanti sampai bila". Aku dengan muka seposen terus buat kerja yang di arahkan. Sampai sekarang pun. Assignment aku selalu sangat aku buat last minute.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Dalam sesetengah perkara memang ya.
Cepat marah & cepat sejuk.
Betul! Aku cepat marah & sejuk. Aku kalau marah suka cakap yang bukan-bukan. Suka membebel tak tentu pasal. Nasib la siapa yang ada kat sebelah aku. Tahan jela telinga korang.
Suka bercakap & berdebat.
Penat asyik bercakap je. Aku memang suka bercakap. Lagi-lagi kalau cerita bab merapu. Aku memang no 1. Tapi susah juga jadi orang yang banyak cakap. Ada masa diam dikatanya kita merajuk & badmood.
Suka buat lawak & bergurau.
Aku memang suka bergurau. Lagi-lagi gurau kasar. Kadang-kadang aku cakap main lepas je. Siapa yang terasa nasib badan la.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Best la berangan. Nak jadi apa pun boleh. Aku suka berangan lagi-lagi sebelum tidur. Kadang-kadang tak kira tempat aku berangan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Tapi kawan-kawan aku selalu kecik hati dengan aku.
Seorang yang sangat tertib.
Ada masanya la. Kadang-kadang aku main gasak jek.
Pandai mempamerkan sikap.
Aku orang yang happy go lucky.
Mudah kecil hati.
Almaklumlah sensitifkan. Memang la senang kecik hati.
Mudah kena selsema.
Tak la. Aku senang pening kepala.
Suka berkemas.
Ikut mood. Kalau time tak suka memang macam tongkang pecah bilik aku. Yang pasti aku suka memasak.
Cepat rasa bosan.
Ha'ah. Aku mengaku aku memang cepat bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Mestilah. Kan kita nak yang terbaik dalam hidup. Tapi aku tak ada la cerewet sangat.
Kurang mempamerkan perasaan.
Tepat sekali. Aku susah nak mengaku perasaan aku. Malu kot!
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Tak la. Aku ni pemaaf orangnya. Betol! Aku tak tipu. Tapi nak melupakan sesuatu memang mengambil masa.
Suka pada barang yang berjenama.
Suka. Tapi kena ikut budget juga.
Mudah menjadi eksekutif.
Amin. Mudah-mudahan.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Aku memang degil. Orang kata A, aku kata B.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
Yela. Kalau yang puji aku, aku rasa diorang semua macam perli aku je. That why la aku tak suka dipuji. Tapi kalau menegur pun kena agak-agak la. Jangan main sebat je. Nanti aku boleh naik angin.
![]() |
| I want to be "SOMEONE" |
p/s: Ni pada pandangan aku je. Tak tahu la pada pandangan orang lain. Aku tak pandai nak menilai diri sendiri. Orang lain yang lebih pandai menilai.


No comments:
Post a Comment