21 January, 2011

Ingat!

Alamak!! Nak jalan arah mana ni?
Hidup ini akan menjadi indah kalau kita menggunakan ianya sebaik mungkin. Hidup yang bermacam-macam rasa ini yang akan mendewasakan dan mematangkan kita semua. Setiap hari kita perlu mengutip pengalaman baru. Tak kira pengalaman itu mendatangkan faedah atau tidak, ia tetap menjadi pengalaman.

Yang baik jadikan ia sebagai salah satu ilmu dan yang buruk jadikan sebagai  kayu sempadan supaya ianya tidak berulang di masa mendatang. Mulakan setiap hari anda dengan semangat yang baru. Kalau semalam baik jadikan hari ini lebih baik dan esok menjadi terbaik.

Gambar akan pudar, luka akan sembuh, sakit akan baik, tapi memori tak kan penah padam dari ingatan. Memori itu putih atau hitam ia tetap menjadi memori. Sebati dengan hidup dan tak kan pernah padam dari ingatan.

Terkadang kita cuba untuk melupakan memori hitam, tapi tak berjaya. Memori hitam lebih sukar di padam dari memori indah. Memori hitam lebih degil mahu keluar dari ingatan. Mahu dilupa tapi tetap tak berjaya. Jangan mengeluh dan bersusah hati, jadikanlah memori hitam itu sebagai satu kekuatan pada kita. Jadikanlah memori hitam itu sebagai cabaran buat kita.

Hidup umpama roda, memang sekejap akan berada di atas dan sekejap berada di bawah. Tapi ingatlah bila kita berada di atas jangan lupakan orang di bawah. Tapi hakikatnya sekarang, bila kita berada di atas kita akan melihat orang di bawah kita tersangatlah kecil.

Umpama berada di atas gunung, bila kita ada di puncuk kita tak nampak adanya rumah di bawah, adanya sungai dan insan lain. Dengan tepat sekali, kita tak kan pedulikan apa yang ada di bawah. Yang ada cuma megah kita berada di puncak. Megah kerana dapat mendaki gunung yang tinggi. Megah kerana berjaya mencapai puncak tertinggi.

Kita boleh bermegah, berbangga, riak, sombong dan bongkak. Tapi kita perlu sedar diri! Layak kah kita? Kita perlu sedar yang kemegahan yang kita perolehi datang dari kurniaan Allah S.W.T. Perlu bersyukur dan beringat. Dalam bermegah jangan lupa insan di bawah. Rezeki yang Allah bagi hanya pinjaman pada kita. Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi. Rezeki itu tidak hanya pada harta dan makanan. Tapi semuanya adalah rezeki. Iman, sihat, masa, bernafas dan semuanya adalah rezeki.

Hidup, hidup.

Hidup yang berliku, jalan mana yang perlu kita ikut. Hadapan, ke kanan, ke kiri atau ke belakang? Yang pasti kita perlu jalan ke hadapan, tapi perlu juga menoleh ke belakang, ke kanan dan juga ke kiri.

Dalam perjalanan kita menghala ke hadapan, toleh-toleh la ke belakang. Jangan terlalu megah ke hadapan. Bukan untuk menyesali apa yang ada di belakang cuma perlu belajar dari kesilapan. Kiri dan kanan juga mesti diambil peduli. Kadang bahaya boleh datang dari arah kanan dan kiri. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk lebih tabah dengan kehidupan. Hidup perlu berprinsip!

To be continue ~

Pen off.

p/s : Pesanan untuk aku juga! Sentiasalah beryukur dan jangan mengeluh. Sentiasa juga beringat!

No comments: