![]() |
| Sysss...ini rahsia kerajaan! Keep your mouth~ |
Rahsia mana boleh cerita. Tak semua rahsia kita boleh berkongsi even dia memang best friend forever kita.
Aku ada top secret. Tak pernah cerita dengan siapa pun. Sampai mati pun aku tak mahu cerita! Sysssss~
Kadang terasa menyesal bila cerita perihal hidup pada insan yang salah. Cerita kita dijaja semurah bandle (bandle pun lagi mahal). Huh!
Sekali tersilap langkah, tak kan bertapak ditanah berduri lagi. Sakitnya berbisa. Bernanah. Walaupun baik tapi tetap berbekas. Bukan berdendam tapi mahu lebih berwaspada. Hidup tak semua boleh dikongsi. Sharing is caring sudah bertukar sharing is scary. Auwwww~ Seram!
Tapi aku bertuah kerana punya kawan yang jujur dan amanah. Bila aku kata ia rahsia, dikotakan menjadi rahsia. Tak pernah rahsia itu terkeluar. Kalau bercerita hanya antara kita. Berhenti di satu destinasi yang aku kata cukup untuk berkongsi. Jangan didesak kalau tak bersedia. Lambat laun akan dikongsi juga. Cuma perlu sabar sedikit saja.
Bila rahsia tak menjadi rahsia, ia bukan lagi satu rahsia. Ia sudah menjadi cerita. Cerita murah!
Bila insan lain tak bisa bercerita, hormatilah pendirian mereka. Bagi masa untuk dia bersedia. Tak mudah berkongsi cerita rahsia. Rahsia tetap menjadi rahsia.
p/s : Saja buat gempak. Tak ada top secret pun. Tapikan, tak mudah sebenarnya untuk menyimpan rahsia. Perlu tabah dan cekal. Tak mudah memendam rasa sendirian. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^

No comments:
Post a Comment