25 March, 2011

Bila Apa yang dirancang Tidak Menjadi Kenyataan

Esok nak present Hubungan Antarabangsa Malaysia. Esok nak present malam ni baru la buat preparation. Pastu jadi blur tak paham soalan. Sudah menjadi kebiasaan kot buat kerja last minute. Tapi semua dapat di atasi dengan bantuan kawan-kawan segroup. Thanks guys! Muah!

Tadi ada jumpa Dato M tanya pasal draf kami. Semua soalan yang ditanya kami tak dapat jawab. Draf dah okey tapi huraikan tak lengkap.  Terkebil-kebil juga la bila dia tanya tak boleh jawab. Tapi yang bestnya Dato M bagi kami pinjam buku dia. Woww. Baiknya dia. Bukan semua lect boleh bagi pinjam buku kat student okey.

Lagi satu assignment Integrasi dan Perpaduan Nasional pun tak siap lagi. Esok submit! No extra day. Macamana tu? Tak apa, lepas present terus balik rumah dan pulun bagi siap (nak sedapkan hati). Esok submit before pkl 5 kat opis Prof. Semua kerja nak bertangguh. Rasakan Lin!

Yang aku bengangkan bukan pasal assignment. Tapi apa yang aku plan tak menjadi. Aku dah plan this weekend nak pergi rumah Amy my ex-roomate masa kat UTMKL. Kak Maya dia kawin. Lama dah dia pesan suruh datang dan aku cakap aku pasti datang. Dah tanda pun kat kelendar for that day. Tapi tadi dalam kelas Prof. Kanta cakap ada test hari Isnin untuk subjek Kaedah Pengajaran Sains Sosial. Arggggghhh. Tension aku! Nak buat test tak cakap awal-awal. Aku dah confrimkan dengan dia nak datang. Suruh dia jemput KTM Sungai Buluh esok. Last-last tak jadi. Kecewa sangat!

Tadi aku dah text dia cakap aku tak jadi nak datang rumah dia. Dia kata okey. Dia paham sebab aku ada test. Amy pun dah paham yang aku tak study lagi. Selama dua tahun aku duduk sebilik dengan Amy dia tahu perangai aku yang jenis study last minute. Sorry Amy. InsyaALLAH aku datang for ur wedding nanti.


[Lin] - Malas nak komen! Bengang aku. Werk!

p/s: Konon-konon je nak study. Aku confirm isnin test malam tu baru kau baca buku!

No comments: