![]() | |
| [Subjek yang dibahan] |
![]() |
| [Pembaling Belon Air Handalan] |
Alkisah masa MPG ari tu. Kitaorang ada buat sukaneka pagi tu. Salah satu acara adalah Makin Jauh Makin Sayang. Cara main permainan ni, seorang jadi leader (subjek yang di bahan) dan pembaling belon air. Rujuk gambar-gambar kat atas tu. Macam tu la gayanya.
Okey, permainan dimulakan dengan pembaling pertama membaling belon airnya masuk ke dalam bandi yang diikat kat pinggang leader. Kedudukan leader dalam anggaran 15 meter (aku main bantai je ni) daripada pembaling belon. Syarat permainan adalah belon mesti masuk ke dalam baldi dalam keadaan tidak pecah. Selepas belon air pertama di baling maka untuk pembaling yang seterusnya harus menapak ke belakang satu tapak sehinggalah kepada pembaling yang terakhir.
Daripada 8 belon group aku berjaya masukan hanya 3 belon air. Tapi ini dah dikira hebat okey. Leadar dalam setiap group lelaki dan cuma aku je perempuan (aku bukan gila kuasa okey, cuma group aku tak ada lelaki terpaksa la aku jadi leader).
Korang imagine sendiri la macamana aku tangkap belon air tu. Memang memalukan! Sumpah tak nak jadi leader macam tu lagi. Nasib baik tak ada orang yang record masa tu. Kalau tak boleh menangis aku tengok T_T. Hahahaha
Gambar-gambar kat atas tu aku amik dari FB kawan aku dan dia tagged aku. Dan disebabkan itu aku kena bahan baik punya dengan kengkawan aku. Tapi tak apa. I like gurau2 kasar. Macam tak biasa. Meh layan apa yang aku and the geng merepek kat dalam FB.
Okey, ni cuma kes merapu dan merepek.
Nama dan gambar terpaksa dikaburkan demi menjaga keselamatan FB kawan-kawan aku. Lagi satu takut kena saman dengan pemilik FB tersebut sebab tak minta kebenaran. Hahaha. By the way dalam gambar tu ada kawan aku Cik Niza dan Cik Farah. Korang singgah la kat blog diaorang okey.
Adios.
[Lin]- Aku memang suka merapu dan merepek.


4 comments:
wakakakakakaaaa....
pembaling belon handalan <-- tak boleh bla..hahhaha
well..da tahap teror la tu dpt 3 belon..hhehhee
ahahaha...asal ko tak print screen sume komen2 mengarut tu leen...bior org bce die paham..hekhekhek..
leen..aku rase belog ko kena wat 5 step ni laa...klik link kat bawah ni taw :)
Tips Untuk Newbie
@niza: korang memang handal baling belon. haha
@farah: nnt org kata aku gila plak klu aku print screen semua.
wah. gut info. tq farah. hadiah kiss. muah!
Post a Comment