Manusia-manusia.
Benda kecil pun susah nak aplikasikan. Di pandang enteng selalu. Aku tak cakap orang lain. Tapi aku tujukan khas buat insan yang bernama Lin. Eh, aku la tu kan. Buat-buat lupa plak kan. Haihh.
Pasal tabiat memotong kuku. Korang potong macamana? Main taram ja ke macam aku. Isk...isk...isk. Buruk perangai.
![]() |
| [ Macam ni la gaya aku potong kuku. Ekstrem bukan ] |
Ok, aku nak kongsikan cara memotong kuku ikut sunah Nabi kita. Jangan tak tahu potong kuku kaki dan tangan adalah perkara sunah. Dapat pahala kalau buat. Kalau tak buat pengotor yang amat. Aku tak suka 'bela' kuku. Nampak kotor. Macam harimau je kuku panjang.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
(patutla aku makin gila, salah hari potong kuku. Tapi masih belum terlambat. Ngee)
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah. Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
(jangan buang rata-rata ek sisa kuku korang. Buang kat tanah!)
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start
![]() |
| [ Ikut seperti gambar ni okey ] |
Jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan
Kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri;
Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula;
Mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.
Jom kita amalkan sunah ni. Adios.
Bye!
[Lin]- Sila amalkan. Biar kau tak gila dan menganas.


No comments:
Post a Comment