28 March, 2011

Makan Durian Sambil Cuci Mata

Petang tadi aku and the geng pergi makan durian. Sedapppppppppppp~

Lama dah mengidam nak makan durian. So aku and the geng decide curi kat dusun pak mat beli kat kedai depan campus tu. Aku beli 4 biji. Sebiji 8 hinggit. Kawan aku yang terkenal dengan kaki tawar menawar mengoda abg tu untuk dapatkan harga yang murah. So kitaorang dapat dengan harga 25hinggit untuk 4 biji.

Kitorang makan durian kat tepi tasik. Orang dok berjoging kitaorang cari port makan durian. Makan durian sambil cuci-cuci mata. Best2. Sempat skodeng orang dating. 0_O

Tapi kualiti durian tu hampeh je. Dari 4 biji 2 biji je yang lazat dan sedap. Sebiji lagi suam-suam kuku je rasanya. Lagi sebiji dah macam rasa tempoyak. Tapi bedal juga bagi habis. Cuma yang macam tempoyak tu sedekah kat tong sampah.




Durian memang fav aku. Aku tak peduli pun orang nak kata durian tu busuk ke apa ke. Yang aku tahu durian tu SEDAP! Bukan selalu boleh dapat durian kalau tak musim dia kan. So bila tiba musim durian kita makan sampai pengsan. Aku memang betol2 nak pengsan ni. Kepala aku pening. Overdose bantai durian tadi.



Bye!

[Lin]- Aku makan durian fresh je. Kalau dah jadi tempoyak@bubur durian@dodol durian dan apa-apa yang perisa durian aku tak suka.

No comments: