![]() |
| Apa nasib aku~ |
Suatu pagi Jumaat dalam kelas Hubungan Antarabangsa Malaysia.
Pensyarah: Sejam pertama ni kita buat lecturer pastu kita bincang pasal pembentangan ok.
Budak kelas: ............ Diam (tanda setuju) Sambil buat muka mengelabah.
**********
Bincang dari soalan 1 dan kemudian,
Pensyarah: Soalan 7. Siapa buat?
Budak Kelas: Kumpulan saya Dato'.
Pensyarah: Ok, apa yang awak buat pasal soalan 7.
Budak kelas: Bla..bla..bla..bla. (Ok, habis terangkan pasal draf.
Pensyarah: Awak patutnya buat macam ni. Bla..bla..bla... Dasar luar patutnya bla..bla.bla.
**********
Dah start mengelabah. Ops, group aku lepas ni. Alamak
Pensyarah: Ok, soalan 8 siapa buat? Huraikan sebab yang mendorong Tun Abdul Razak mengiktiraf negeri China?
Diam. Semua orang tertunggu-tunggu group mana yang buat soalan 8.
Kami kat belakang. Macam budak tadika main pasing2.
Kawan1 : Eh, ko la angkat tangan
Aku : Ko la. Aku takut.
Kawan2: Eiiii..angkat jela tangan.
Aku: Eh, cakap orang plak. Ko la angkat. Hehe
Masing-masing dah mengelabah mcm beruk.
Selepas 40 saat.
Kawan 3: Emmm.group saya Dato'.
Semua orang pandang ke arah kami. Glupp. Terasa glamour tiba2.
Pensyarah: Ok, kenapa lambat sangat angkat tangan. Bentang apa draf yang awak dah buat tu.
Senyap. Buat tak layan. Tak ada draf yang nak dibentang. T_T
Pensyarah: Ok. Lepas ni siapa2 kalau tak faham jangan jumpa saya ok. Saya bagi awak semua peluang dalam kelas tapi awak semua tak nak share. (ditujukan khas untuk group aku. Perli!!!)
Opsss. dia dah naik angin la. Emo plak orang tua ni pagi2.
Kami pun memandang muka masing-masing sambil buat muka blur. Sengih.
Padan muka kena sound dengan dato'. Malunya dengan budak2 junior. Akak senior pemalas!
Aku: Kak G (bukan nama sebenar) , google kejap pasal soalan ni. Dia nak apa. Soalan pun macam haram susahnya.
Kami pun mula membuat draf. Memang blank sangat tengok soalan ni.
Draf siap. Tapi memang cincai gila la. Dah aku tak paham aku pun malas nak amik port sangat. Kawan aku yang buat draf tu. Sorang google sorang plak tulis.
Aku? Tolong2 juga la apa yang patut.
Kawan1: Nanti after kelas kita jumpa dato'. Bincang pasal draf kita.
Aku: Takut weh. Nanti dia marah.
Kawan2: Alah tak apa. Dia tak cam la group kita. Nanti kita tak buleh buat asgmnt dia ni. Next week dah start presentkan.(dengan yakin)
Aku: Huhuhuhu. Benci betol la. Kita dah la tak tahu apa2 ni. Nanti dia banyak songeh.
Kawan3: Tak apa, nanti kita jumpa dia kita tak payah mention soalan and group. Dia tak perasan punya la.
Kawan1: Ko cakap tau Lin.
Aku: Aku? Aku tak paham wei. Korang ni tulis apa. Tulisan mcm cakar ayam. Bertambah2 aku tak paham. (Aku membebel2)
Kawan aku pun start terangkan kat aku.
Cuba untuk paham. Tapi aku tak paham juga.
Aku: Yela2. Nanti korang backup aku sikit2 tau. Aku tak paham ni.
Kawan3: OK. Sayang Lin. Ngeee~
Cuba cari kekuatan nak jumpa dato'. Apa aku nak goreng ni.
**********
Tepat 10 pagi.
Pensyarah: Ok kelas, kita jumpa minggu depan.
Budak Kelas: Yess! Kelas dah habis. Horey2.
Akhirnya kelas yang sedikit membosankan tamat.
Kelas jadi bising. Budak2 berebut nak kuar. Macam kambing nak keluar dari kandang.
Ada budak2 kelas yang jumpa lecturer. Kami pun tunggu turn nak jumpa dia.
Ok, sampai turn kami.
Aku: Emm, dato' kami nak tanya..bla..bla..bla..bla...
Pensyarah: Awk buat soalan berapa?
Aku: Emmm soalan 8 (gluppp)
Terkantoi sudah. Aku ingat dia dah tua tak ingat. Rupanya sangkaan aku salah. Hahahaha~
Pensyarah: Tadi saya suruh awak terangkan awak bangun x?
Aku: Tak, Tadi kami tak buat draf lagi. Ni baru buat.
Pensyarah: Dah perut buncit baru nak berak.
Damn!
Makan dalam betol peribahasa dia. Mengalahkan A. Samad Said. LOL!
Kami pun terkulat-kulat macam beruk kat depan dia.Yang kawan aku ni nyorok belakang aku ape kes. Ko ingat dia tak nampak ko ke? Haihh~
Aku dengan selamba baca yang kawan aku tulis. Lantak ko la nak dengar ke tak.
Aku: Sebagai pengenalan kami, kami bla...blaa...blaa. Antara faktor yang memyebabkan bla..bla..bla..Kami nak kaitkan dengan isu bla..bla..bla. (Aku pun start membaca tulisan kawan aku yang macam cakar ayam)
Aku terdiam. Dah tak ada idea nak cakap apa.
Pensyarah: * No respon sambil mengemas laptop dia*
Aku: Dengar la apa aku nak cakap orang tua (hanya dalam hati) Hehehe. Cuak!
Pensyarah: Saya paham apa yang awak nak buat tu. Mana faktor luaran dia? Awk kena la masukkan sekali bla.. blaaa. blaaa. blaaa. Saya kan dah terangkan banyak kali dalam kelas bla..blaaaa. blaaa. Awak tido ke dalam kelas ke masa saya ajar.
Damn!!!!
Tepat kena kat dahi sebijik. Tersentap! Padan muka!
Pensyarah: Nanti awak pergi jumpa budak kumpulan lain yang buat sama dengan soalan awak ok. bla..bla..bla..bla... (dia membebel banyak)
Kami tahan telinga sambil aku buat note kat kawan aku.
"Ngepek la pulak orang tua ni, huhuhu"
Dia dah habis membebel.
Kami: Emm. Ok. Terima kasih dato'.
Sekali dia tak berapa nak layan group aku la. T_T
Haih~ Semakin jadi senior ni makin malas la pulak.
Bila keluar kelas kami ketawa guling2 bila teringatkan peribahasa power dia tu.
"Perut buncit baru nak berak"
Korang penah ke dengar ayat power macam ni. Tak ada kan? Hahahaha
p/s: Tak amik hati pun apa yang dia cakap. Memang kenyataan. Nak submit baru mengelabah nak siapkan. Normal la kan. Student life memang begitu.Ngeee~

2 comments:
bagusnyer peribahasa baru :)...
yup. sangat bagus. ko ade? hahaha
Post a Comment