![]() |
| Ibarat secawan kosong yang disi airnya. Begitu juga kehidupan kita. Isi yang berkualiti sahaja |
Korang agak apa yang kosong pada korang?
Kosong,
Satu perkataan yang negatif pada aku. Mematikan aku. Menyesakkan aku. Menghampakan aku.
Kosong pada mulanya dan kosong juga pada akhirnya.
Tapi aku tahu kekosongan aku akan berakhir satu hati nanti. Dan kekosongan itu akan diisi dengan keadaan yang penuh dan paling tidak separuh. Kekosongan aku akan terisi dengan kehendak hati aku sendiri. Aku yang akan isi kekosongan itu dengan acuan yang aku bentuk sendiri. Dan aku mahukan kekosongan aku diisi dengan berkualiti atas usaha aku sendiri.
Mungkinkah?
Insyallah~
Jangan sedih kalau sekarang kita masih lagi kosong. Usahalah semoga kekosongan kita akan terisi. Usaha la sebaik habis untuk mengisi kekosongan yang kita ada. Usahakan sehingga kita berpuas hati.
Jangan penat untuk mengisi kekosongan yang ada. Sentiasa akan ada jalan untuk mengisinya.
Usaha! Itu yang terbaik.
Jangan sedih kalau terasa sungguh lama kekosongan itu mahu terisi. Pelan, dari satu jadikan ia seratus, seribu, sepuluh ribu, seratus ribu, sejuta dan infiniti sehingga kita puas.
Dan jika sudah berusaha tawakal. Serahkan pada yang Maha Esa. Dia yang mengetahui segalanya. Dia tahu yang terbaik untuk kita. Sabar dan tabah. Habuan kita pasti akan tetap ada.
Yakinlah. Allah itu Maha Pemurah.
Tapi ingat!
Jika kekosongan kita sudah terisi janganlah meninggi diri. Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih. Jangan jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Jangan jadi seperti anjing dengan bayang-bayang. Tamak sehingga merugikan diri sendiri.
Kosong akan terisi satu hari nanti.
Aku harap~
Insyallah, Allah yang Maha Mengetahui.
p/s: Kita hidup dari kosong dan kita akan isi kekosongan kita. Carilah jalan yang terbaik untuk mengisi kekosongan pada diri kita :)

No comments:
Post a Comment